Wednesday, December 29, 2004
Tazkirah: Qiyamullail
Korang masih ingat lagi tak pesanan Ustazah Supijah ngan Ustazah Majidah? Haaaa.. bangun malam untuk tunaikan ibadah Qiyamullail. InsyaAllah boleh kuatkan hafalan dan mendatangkan segala faedah yang baik. Hmm, sekarang ni pun dah cuti dan kalau ade masa lapang tu amalkan lah ye... :)

~~~~~~*~~~~~~~


Langkah-langkah menjayakan qiamullail

“Usaha melawan runtunan tidur dan tarikan tilam setelah kepenatan di siang hari sememangnya sukar bagi badan. Namun ia merupakan pengisytiharan kepada penguasaan rohani dan mengutamakan seruan Allah. Justeru itu, ia lebih mengesankan jiwa. Ini adalah kerana zikir pada detik waktu ini mempunyai kemanisan. Solatnya juga mempunyai kekhusyu’kan yang tidak berlaku kepada hati semasa solat di siang hari. Allah yang mencipta lagi mengetahui selok belok dan rahsia-rahsia hati juga waktu-waktu hati bersedia, Dia memilih qiamullail untuknya”. [fi Zilal al-Quran]



1. Mengambil qailulah
Tidur seketika pada waktu siang. Ia mengembalikan kecergasan dan memberi kekuatan untuk bangun malam.

2. Kawal pemakanan
Pastikan yang halal dan jauhi yang haram. Ibrahim bin Adham berkata: “Perelokkan makanan kamu.Tiada yang menghalang kamu untuk bangun malam dan berpuasa siangnya”.

Elakkan juga kekenyangan. Ia akan menyebabkan kelesuan dan kesukaran bangkit daripada tidur. Sufian at-Thauri berpesan: “Hendaklah kamu mengurangkan makan, qiamullail menjadi milik kamu”.

3. Tidur awal dan menjaga adabnya,/b>
Tidur seberapa awal yang boleh selepas ‘Isyak. Jagalah adab-adabnya; wudhuk, niat untuk qiam dan bacaan doa sebelum tidur.

4. Waspada daripada maksiat
Al-Hasan al-Basri berkata: “Seseorang tidak tertinggal qiamullail kecuali kerana dosa yang dilakukannya. Periksalah diri kamu pada setiap malam, apabila matahari terbenam dan bertaubatlah kepada Tuhanmu supaya kamu berupaya bangun qiamullail”.

5. Sedikit mujahadah
Dengan sedikit penat lelah dan tekad yang kuat, qiamullail akan menjadi mudah dan menyeronokkan. Seorang salaf berkata: “Aku bersusah payah untuk qiamullail selama setahun, kemudian aku berseronok dengannya selama 20 tahun”. Sulaiman ad-Darani berkata: “Ahli ibadat malam ketika ibadat malam lebih seronok berbanding mereka yang berpoya-poya dalam sukaria mereka. Jika bukan kerana malam, aku tidak suka lagi menetap di dunia”.

Lakukanlah dengan tekad yang murni, tidur yang awal, mengelakkan kekenyangan, mengulangkaji hafalan al-Quran dan lain-lain lagi.



 
posted by Nurdiyana at 10:56 AM |


0 Comments: